Kampong Kulapis

Selamat Datang Ke Laman Web  Kampong Kulapis


Majlis Perundingan Kampong Kulapis akan mengadakan
 
acara-araca seperti berikut:
 
 
 Acara Senam Aerobik dan Walkathon akan bermula dan berakhir dikawansan lapang depan rumah Ketua Kampong, acara akan dimulakan dengan senam aerobik dan seterusnya berjalan sejauh 3 KM. Setelah itu acara penyampaian cendera hati daripada Majlis Perundingan Kampong Kulapis bagi sesiapa yang mendapat tiket/number bertuah akan dijalankan.
 
 
 
 Acara Expedisi Berbasikal ini akan bermula dan berakhir dikawansan lapang depan rumah Ketua Kampong, destinasi expedisi adalah dari Kampong Kulapis hingga keTaman Peranginan Kampong Parit dan setelah itu kembali semula ke Kampong Kulapis, jauh expedisi adalah 20KM. Setelah itu acara penyampaian cendera hati daripada Majlis Perundingan Kampong Kulapis bagi sesiapa yang mendapat tiket/number bertuah akan dijalankan.
 
 
 Acara-acara ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
 
ikut serta. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 
 
Ketua Kampong Kulapis - Haji Timor Bin Limbang -8717012
 
 ********************************************************************************************************************************************************************
Laman web ini memaparkan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan Kampong Kulapis dan activiti-acitivti yang dijalankan atau pun dianjurkan oleh penduduknya.
 
 
Pengenalan
 
Pada zaman dulu kala iaitu mengikut dari cerita orang tua-tua, Kampong Kulapis ini dikenali sebagai "Damuan".Tidak pula diketahui secara pasti akan masa sebenar nama "Damuan" itu ditukar kepada Kulapis.
 
Kampong Kulapis sehingga kehari ini telah dipimpin atau diketuai oleh seramai 5 orang iaitu:
 
  1. Allahyarham Haji Aspar bin Kasim.
  2. Allahyarham Haji Puasa bin Mohammad
  3. Allahyarham Haji Hussin bin O.K Jumat
  4. Awang Haji Nayan bin Apong
  5. Awang Haji Timor bin Haji Limbang ( Ketua Kampong Kulapis pada masa ini)
Keramaian Penduduk
 
Mengikut banci penduduk pada tahun 2007 keramaian penduduk Kampong Kulapis secara keseluruhannya ialah seramai 1708 orang, yang mana 1602 dari padanya adalah berugama Islam. 
 
Keluasan Kampong Kulapis
 
Keluasan keseluruhan Kampong Kulapis ialah 486.71 hektar. Secara geography nya separuh dari dari keluasan Kampong Kulapis adalah tanah berbukit yang kaya dengan sumber-sumber alam semula-jadi dan separuh lagi adalah tanah rata dan rendah.
 
 Activiti Harian Penduduk Kampong Kulapis
 
Kebanyakan penduduk Kampong Kulapis ini berkerja dengan pihak kerajaan, tidak kurang juga yang berkerja dengan syarikat swasta dan ada juga penduduk yang telah memulakan perniaga sendiri.
 
Penduduk-penduduk  Kampong Kulapis ini boleh dikatakan suka bercucuk-tanam dan menankap ikan, kebanyakan perkerjaan bertani dan menangkap ikan ini ada activiti sambilan (kegemaran) bagi memenuhi masa lapang.
 
Kemudahan Asas
 
Seperti mana kampong-kampong lain yang ada di Negara Brunei ini, Kampong Kulapis juga tidak terkecuali dari mendapat kemudahan-kemudahan asas yg diberikan oleh pihak kerajaan Brunei Darussalm iaitu seperti:
 
  1. Jalan yang berturap
  2. Air bersih hingga kerumah
  3. Bekalan elektrik
  4. Perkhidmatan telifon
 

 

Recent Blog Entries

No recent entries